Tuesday 10 November 2020

Apa yang berbaloi untuk dapatkan duit?

 Ramai yang buntu sekarang ini akibat PKP dan PKPB yang melanda. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang terpaksa kuarantin dan ada juga yang berniaga tetapi diarahkan tutup kedai.

 Saya fahami apa yang anda lalui. Saya pelajar di sebuah universiti swasta tempatan dan ibu bapa saya sudah tidak bekerja beberapa bulan sebelum PKP yang pertama diumumkan.

Kini, saya jadikan situasi ini sebagai satu pemacu untuk saya mula bina rentak mencari duit dan menguruskan kewangan saya. Dulu ibu saya cuba untuk bagi saya nampak peluang yang ada di dunia internet marketing Malaysia, saya tak nampak. 

Walau apa sekalipun saya tak faham. (Huhu tak faham apa, pun saya tak tahu). Tapi sekarang minda saya lebih terbuka dan boleh menerima. Jadi tiba masa saya untuk bagi anda terbuka juga.


Sekarang bukan masa untuk berfikir, untuk tunggu dan lihat.

Sekarang, research dan terus buat. Research dan terus buat.

Jika dulu tunggu, bapa saya boleh beri duit.

Sekarang ni kalau saya tunggu, esok lusa akan ada empat orang akan berlapar tak berlagu.


Jadi kalau anda dalam situasi yang sama, mari saya kongsikan apa shortcut yang anda boleh buat.

1. Kerja fizikal/service : Kerja fizikal ini seperti service atau kerja yang orang lain akan terfikir berulang kali nak buat ke tidak. Nak potong rumput ke, nak jadi cleaner ke, nak jadi delivery guy sekalipun, sekarang ini sebenarnya kerja yang tak perlu kelayakan tinggi atau pelajaran tinggi. 

Saya sebenarnya tidak sesuai buat kerja fizikal sebab time PKP duk rumah, langsung tak menggerakkan otot, jadi bila buat kerja fizikal terus semput. tapi saya sarankan untuk mereka yang nak duit lebih untuk survive. Ini sebagai first step untuk kumpul duit dan susun langkah seterusnya. 

Ada juga yang part time, jadi kalau anda kuat dan mampu kerah tenaga, anda patut ambil sahaja pekerjaan seperti ini.

2. Telemarketing/customer service : Sebenarnya ramai tak faham kenapa kerja ni ramai orang tak suka dan ramai orang tak layak. Sebenarnya pekerjaan ini , kalau anda pandai cari, akan dapat yang low qualifications dan high earning. Banyak stigma sebab kerja ni high stress dan low earning, walhal, ini hanya benar buat sesetengah tempat.

Kerja ini akan beribu kali lebih mudah sekiranya anda tahu Mandarin atau bahasa Cina yang lain, tapi kerja ini kerja yang "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian"  Bila dah faham cara dan teknik, anda boleh untung besar di masa hadapan, walaupun tak faham Mandarin.

Kelebihan lain : Work from home/ remote working , Komisyen tinggi , Bayaran basic tinggi , environment stress tetapi pekerja dan boss yang mantop.

3. Freelancing/ service online : Kerja ini sesuai buat mereka yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang tinggi.  Anda boleh cari idea servis apa yang paling dicari atau high demand di Fiverr atau Upwork. Kadang-kadang cari di google je pun boleh cari siapa post cari freelancer.

4. Affiliate marketing :  Affiliate ini lebih simple kerana kita menjual produk orang dengan cara lebih mudah sebab kebanyakkan affiliate ialah kita share link sahaja dan produk ada juga produk digital sahaja. Affiliate marketing kini telah lebih banyak cabang dan teknik.

Anda boleh jadi influencer dan share link barang kecantikan.

Anda boleh jadi sesorang yang pakar dalam buat bisnes, dan share link produk berkaitan.

Anda boleh jadi blogger yang seringkali share ilmu melalui newsletter di emel dan update link affiliate untuk panduan dan tips terbaru.

Saya sekarang ini sedang mencari mereka yang mahu belajar cara kreatif dan diverse untuk lakukan affiliate dibawah Affiliate Cili Padi. Info lanjut disini.

5. Online business : SOCIAL MEDIA. dan website. tapi lebihkan social media. itu sahaja. Kendalikan bisnes anda disana, urusan jual beli, cari pelanggan, buat promosi, semua disitu.



LIke dan share post ini untuk saya share lagi lubuk-lubuk atau cara lubuk-lubuk ini tangkap pembeli. =)

No comments:

Post a Comment