Sunday, 24 April 2016

Cara Menjadi Orang Yang Dikenali Dengan Keyakinan Yang Membakar

Contoh pose 'keyakinan yang membakar'.
Assalamualaikum dan selamat *insert sini waktu,masa dan hari korang baca post ni* !

Apa yang menarik sangat dengan post kali ini? 'Keyakinan yang membakar', ke? *gelak jejaka* sebenarnya aku dah dapat tau apa kombinasi yang terbaik yang dapat jadikan aku orang yang konfident macam orang-orang terkenal dengan sikap kontroversional tu. (kontroversional ke?)

Sabtu lepas saya pergi interview untuk Asasi Tesl. Setelah banyak kali bagitau Mama saya 'tak ambil kisah pun kalau dapat pergi Tesl sebab nak pergi Form 6' walaupun dah banyak kali berangan dan bayangkan situasi kalau dapat roomate, dapat kelas, dan macam-macam lagi, saya masih dengan seriousnya print kertas-kertas dan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam masa kurang 24 jam daripada interview tu. Yeah, tak boleh lambat lagi ke kan.




Dalam berlakon tak kisah tu, masih terasa berdebar-debar nak masuk interview. Bahagian 1, kontes ujian bertulis pun masuk lambat.Oh well,might as well be fashionably late so to be memorable. Bahagian 2, ujian lisan a.k.a. interview pula, to my suprise, saya dapat lakukan dengan baik sekali. SANGAT BAIK. (saya tak main-main, buktinya ada nanti kat bawah)

Saya memang orang yang biasa, normal dan tak menonjol. Ada kala yakin, ada kala malu tak menentu. Ada buat salah, ada rasa ego, ada semua yang ada pada manusia , Alhamdulillah saya bersyukur sebab tak kurang apa-apa.

Tapi saya nak kongsikan macamana saya dapat menjadi seorang yang ada keyakinan yang membakar sampai orang lain terasa api keyakinan tu.( I am not even kidding, I had people say that to me.)



Langkah 1: Keyakinan bermain dengan anda.
Haha lawak kan tajuk atas. Kalau tukar ingeris: Confidence is playing with you. Ini semua permainan minda sahaja. Jawab soalan dibawah. Bila dah dapat jawapan dia, kalau membuatkan anda tak boleh jadi yakin, tukar persepsi otak sampai boleh jadi yakin.

  • Apa perasaan yang membuatkan tak yakin? (takut/insecure/marah/gila/nervous/pilu/tak betul/etc)
  • Kenapa ada perasaan tu? (ada raksaksa/ manusia disekeliling macam gorila/ ada orang pegang pistol)
Kemudian, tipu dan bagitahu otak, semua manusia tu macam semut je. Boleh dipija-pijak.(okay itu sebenarnya punch-line -.-)

Saya sebenarnya ada masalah ni sepanjang hari sehingga Bahagian 1 berakhir. Saya fikirkan yang semua orang kat situ bapak pandai dan bapak kaya dan bapak lebih dari segala aspek daripada saya. Hanya sebab diorang ikut peraturan pakaian: pakai smart/ formal. Saya pakai baju kurung merah je. Lepas Bahagian 1 tu membuatkan saya rasa lega. Lepas rasa lega tu, saya terfikir: dah tak kisah apa nak jadi. sebab tak buat betul-betul pun kertas tu sebab nervous punya pasal.Tangan menggigil, otak tak berfungsi, mata dah macam blur.No more thinking of the outcome. no matter how hard you pray, those words won't change. well, unless you pray REALLY HARD. But neverteless, effort plays a part as well, no?

Lepastu, saya terfikir, apa kata saya bercakap dengan mana-mana budak? Why not? Tak berdosa pun =P

Mula-mula orang nampa macam sombong dan tak nak bercakap. Tapi selepas tu saya sedar yang diorang bukannya macam tu sebab saya pun buat bende sama. Tapi diorang sombong sebab takut orang judge, dan diorang tak bercakap sebab takut apa jadi kalau bercakap.Macam saya. Sebenarnya society hari ni memang macam tu kan? Terima jelah manusia tu seadanya. 

So saya mulakan dulu. Dan Alhamdulillah orang yang saya bercakap tu pun manusia macam saya.Sense the sarcasm. Daripada bercakap biasa, sampai bercakap kuat, sebab eksaited, semua yang saya ckp masa tu dia tahu. Dah jumpa potential bff?(Banyakkan kawan =)) 

Lepas tu saya rasa yakin,mungkin sebab semua yang saya takutkan tu dah tak bermakna dah. Takut Allah je.

So, belanjakan masa yang anda ada, dengan bende-bende yang membuatkan anda yakin, dan lupakan deria judgemntal dalam diri anda samada sebagai input atau output.

Dont be the one to give judgemental-ness, dont be the one to think and keep in you the judgemental-ness, nor be the one to recieve that judgemental-ness.

BE ANY THREE AND YOU ARE NEVER COMPLETE.

Okay, itu sahaja untuk post ini, panjang giler. Ni pun air milo, no milo, be healthy kosong dah habis T.T

Nak saya sambung? 
Share post ni dan komen kat bawah? =)
Cukup 10 orang komen saya sambung, janji. >.<

Update: saya dah sambung bahagian 2. Baca bahagian 2 disini.



Wasalam,

2 comments:

  1. Sambung lah, saya suka baca hehe

    p/s: kalau rajin sila lah singgah baca :) http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah saya sambung, tunggu lagi 9 orang je untuk komen.
      Bila dah sambung saya notify Husna?
      Anyways, your blog is really a candy to the eye =)

      Delete