Sunday 24 April 2016

Cara Dapatkan Muka Berseri Macam Model Victoria's Secret

Muka dia contoh muka bersri walaupun
bukan model Victoria's Secret.
Assalamualaikum =)
Kalau kebiasaannya anda hanya mencuci muka seperti biasa dengan menggunakan air paip, sebenarnya ada beberapa ritual sebenar ketika mencuci muka yang boleh membantu kamu memelihara kulit muka dan menjaga kulit .

Model-model Victoria's Secret takde yang cuci muka guna air paip, sebab tu diorang cantik dan kulit diorang gembira, dan memang nampak sihat. So, sebagai satu langkah pencegahan dari nampatak sihat atau ada macam-macam masalah kulit, saya saranka korang cuba, okay?

Jom baca








Caranya mudah sahaja, ikuti 5 cara yang sebenar.

✮ CUCI MENGGUNAKAN AIR YANG SEJUK
Jangan sesekali mencuci muka dengan menggunakan air yang panas. Ini kerana, kulit muka merupakan kulit yang paling nipis di kawasan badan, jika kamu menggunakan air panas ia akan mudah kemerahan dan apatahlagi melecur dan terbakar. Sebaiknya, gunakan air sejuk. Ia juga mampu membuatkan liang roma kamu yang terbuka itu semakin mengecil dan tidak terbuka.


✮ GUNA TUALA MUKA YANG BERSIH
Selepas mencuci, pekupkan muka kamu dengan tuala muka yang bersih dan tidak berbau. Pastikan setiap dua minggu sekali kamu tukar tuala muka kamu. Ini kerana, setiap tuala yang kerap di gunakan boleh menyebabkan pengumpulan bakteria. Jadi, sia-sia jika kamu bersihkan muka tetapi akhirnya gunakan tuala yang kotor betul tak ?

✮ JANGAN GOSOK MUKA DENGAN TUALA
Selain menjaga kebersihan tuala, kamu juga perlu menggunakan teknik yang betul untuk mengeringkan muka yang basah dengan tuala. Jangan gosok atau kesat tuala di wajah kerana, permukaan tuala yang kasar boleh menyebabkan kulit kamu calar dan terluka. Sebaiknya tekap secara perlahan dengan menggunakan tuala yang lembut.

✮ SAPU KRIM MUKA
Jangan hanya mencuci, selepas itu sapulah krim yang mengandungi vitamin ataupun mempunyai fungsi mengekalkan kelembapan kulit di wajah. Ini kerana, ada sesetengah berpendapat lagi kerap kamu mencuci muka , lagi cepat kulit kamu mengering. Sebagai langkah berjaga, lakukan amalan ini selepas mencuci muka.

Langkah lain yang model Victoria's Secret guna,

*diorang guna Toner muka pagi dan tak guna pencuci pagi-pagi.
* diorang cuci muka sekali je sehari
*diorang pastikan muka pakai pelembab

Saya harap tips diatas berguna =)

Ada tips lain? Komen kat bawah, please.

Wasalam,

No comments:

Post a Comment