Tuesday 26 April 2016

Pengalaman bersauna 3 tahun lepas

Sauna makes me happy =)
Assalamualaikum semua!~
Kalau anda sihat, sambung minum air kosong =)

Post ini lagi satu post yang saya dah release dulu. tapi sebab gaya penulisan macam buda kecil, saya nak edit dan beri nafas baru dalam memori lama. Wahh jiwang gitu.

Origional post masih ada dalam blog lama, dibbledoublef. Korang nak pi tengok beza gaya, nah saya sediakan link.

Bersauna ni sesuatu perkara yang baru pada saya masa tu sebab pergi spa pun boleh kira dengan jari pada satu tangan je. Semua itu pun, saya hanya menunggu mama saya. Nasib baik dulu kalau tunggu lama pun tak kisah sebab agaknya saya memang jenis yang tak kisah.


So bila saya ke Kirana Spa pada bulan Disember dengan mama saya, saya harapkan saya jelah yang menunggu. Waktu itu tangan mama terasa lenguh. Nak pi urut kasi okay balik la. Dengan izin Allah, ada promosi pakej pula. Hehe, lepas pengurus spa tu bagi tahu ada promosi, terus pandang mama dengan mata bersinar-sinar.

Akhirnya, mama kalah jua dengan kecomelan saya. Dan dapatlah saya merasa bersauna buat pertama kali dalam hidup.

Saya tahu, ada yang baca post ni mesti kata 'eh budak ni, sauna je pun'. Ye mungkin memnag sauna je, bende kecil je. Tapi ada juga yang diluar sana yang tak pernah merasa sampai akhir hayat, ada juga yang tak menghargai sesuatu yang kecil itu dan sebagainya. So saya tak nak jadi orang-orang macam tu. Saya masukkan peristiwa ini dalam pengalaman hidup dan hargai sebab pada saya its precious. Its the little things in life that makes us happy anyways.

Saya memang kenal pemilik spa tersebut. Waktu itu, dia hanya ada seorang pekerja wanita. Mama saya dengan pemilik kedai, saya pula dengan pekerja tersebut. Kami berada dalam bilik spa yang asing sebab sesi jenis lain-lain. Mama tak buat sauna.

 Dalam keadaan teruja, saya pun beramah mesra dengan pekerja dia.(Saya akan mulakan perbualan kalau gembira.) Akak pekerja tu pun tak kekok berbicara. Saya berbincang dengan akak tu dalam keadaan kepala diluar kotak sauna. Bila saya berpeluh sampai nampak macam mandi, akak tu kene lap muka saya.

Banyak perkara yang sempat dibualkan dalam 30 minit sesi sauna tu. Akak tu berkongsi dengan saya tentang pengalaman dia dulu bertukar bidang. Aka tu pada asalnya masuk bidang engineer tetapi tak minat, dan kemudiannya masuk bidang nurse yang tak minat judak. Dia bercerita pengalaman dia menjadi nurse dalam tempoh yang singkat, sehingga dia keluar dari bidang itu.

Akak tu kemudian menceritakan macamana akak tu akhirnya beralih pada bidang spa. Saya agak kagum dengan keberanian dan kecekalan akak tu untuk bertukar-tukar bidang. Tak ramai yang berani menukar mengikut minat dan hanya ikut nasib.

Ada banyak kebaikan bersauna, antaranya, kurangkan berat badan, bakar lemak, buang toksin dalam badan, naikkan seri wajahdan kulit, dan macam-macam lagi.Yang paling saya dapat rasa waktu itu, rasa lega dan relax.

Anda ada pengalaman dan peristiwa menarik yang anda nak kongsikan?
Komen dibawah atau tinggalkan post tersebut dibawah, Insya Allah saya baca =)

Wasalam,

No comments:

Post a Comment