Monday, 25 April 2016

Pengalaman menyediakan servis di Fiverr

Assalamualaikum semua!~

Okay so saya nak kongsikan pengalaman saya menyediakan servis di Fiverr.com. Waktu itu rasa rajin, ada komputer 3 dalam 1 yang touchscreen, so senang la nak melukis. 

Masa mula-mula buat akaun tu lama juga tak tahu nak buat apa, tak menyediakan gig apa-apa lagi.Sampailah rasa macam nak mencuba menyediakan servis card ini. Rasa macam rendah diri dan takut nak mula sebab tengok banyak gig lain yang pro-pro. 

Budak kecil yang ada banyak idea best-best tapi tak tahu cara betul nak bagi nampak cantik, teknik pencahayaan, program atau software nak hasilkan, banyak halangan di situ.




Ada customer pun mungkin Allah saja nak campakkan supaya tahu susah senangnya nak hasilkan. Customer ni bercakap bahasa Ingeris, takde masalah kat situ, tapi saya sendiri tak tahu samada dia betul-betul berpuas hati atau tidak, dan banyak masalah komunikasi. Padahal masing-masing paham bahasa. 
Waktu yang saya ambil nak siapkan dari awal dia hubungi saya, 2 minggu. Dari masa dia  place order, kurang 4 hari. Haha, epik fail  =P. Dia cakap kad tu untuk hujung minggu ni. so bila dah sampai hujung minggu yang bermula dengan malam Sabtu hingga malam Isnin, saya tertunggu jugak, 'sempat?, tak sempat? dia tak nak?' 

Contoh hail tangan saya yang telah di print.


In the end, sehingga lepas isnin pun dia still bincang pasal kad tu. Dia konfus ke 'Next weekend' dengan 'This weekend'? 
Dah habis buat draf, hantar contoh draf. Dah habis positioning, hantar gambar. Dah habis outline, hantar gambar, dah habis colour, hantar gambar. Setiap langkah, hantar gambar supaya dia puas hati. It's necessary. 'Until that customer is 100% satisfied' ,I'd convince myself.
Akhirnya, dia puas hati dengan apa yang saya sampaikan(agaknya). Dia bayar dan rate perkhidmatan yang saya bagi. Apparently the sutomer only felt 80% satisfied.
Dalam bisnes atau apa-apa,memang kita tak boleh puaskan hati semua orang atau dapat apa yang kita aim masa awal-awal mulakan sesuatu projek.
Haha,anyways, saya tak boleh cash-out pun duit $4 tu. T.T
Kalau anda rasa anda perlukan perkhidmatan saya atau hanya mahu cuba dan tengok hasil tangan yang saya boleh hasilkan untuk anda, boleh contact saya di fiverr. Klik dan anda akan terus sampai ke inbox saya.
Anda juga boleh hubungi melalui bloggergiler(at)gmail.com untuk harga yang lebih murah.
Anda ada pengalaman di Fiverr yang anda nak kongsikan?
Komen dibawah dan kongsikan post ni, mana tahu ada rakan-rakan anda perukan servis murah yang saya tawarkan.
Wasalam,

No comments:

Post a Comment