Thursday, 28 April 2016

Tips untuk muka yang lebih segar

Assalamualaikum semua pembaca yang cantik dan kacak ;)

picture courtesy of Google
Post kali ini merupakan post yang berkaitan dengan kulit wajah. Kadang-kadang kita cuba nak cantikan muka kita tapi tak tak tahu apa yang perlu dilakukan, produk apa yang perlu dibeli, apa sebenarnya jenis kulit muka kita?

Cadangan saya ialah untuk cuba kenal pasti apa masalah pada muka anda dan search penyelesaian masalah itu di Google. Saya tahu, semua orang tahu, tapi kadang-kadang kita lupa atau tak terfikir. Cari artikel yang ada review atau feedback penulis yang pernah cuba, tengok apa hasil daripada yang pernah lakukan.

Selain itu, cuba anda lihat tips dibawah. Saya akan mula lakukan yang mana saya boleh lakukan mulai esok selama 4 hari. Nantikan follow-up post =)


Untuk bawah mata yang tak nampak sihat : simpan krim pelembap/ krim mata di dalam peti ais,dan sapukan apabila bagun pagi.

Untuk memelihara kulit mata dari sinaran matahari : Cuba cari krim UV yang mengandungi ekstrak teh hitam.(Saya akan cuba cari cara buat atau dimana nak cari)

Untuk hasil yang maksimum selepas memakai mask muka : Sapukan mask muka selepas mandi air panas atau apa-apa aktiviti yang serupa supaya wap air panas membuka rongga muka dan membuatkan mask muka lebih meresap kedalam kulit.

Untuk memantapkan/ketatkan kulit di bahagian leher, jawline : lakukan aktiviti 'mencium langit'. Pandang atas dan cium langit 4 kali setiap pagi.

Untuk hilangkan tanda hitam dibawah mata : Biarkan tuala yang direndam air panas/ suam dimata yang ditutup.

Okay, cukup sampai disini sahaja. Kang banyak-banyak tak buat pula kan?
Share dengan rakan-rakan anda kalau post ini bermanfaat =)

Wasalam,


No comments:

Post a Comment