Monday, 30 May 2016

Dah berakhir sudah bulan Mei

Assalamualaikum korang!

Maaf sebab dah lama tak update blog. Dahla blog ni tak banyak post, baca semua satu hari sempat habis kan? Sebenarnya bulan Mei inilah bulan yang paling busy, paling banyak emosi disimpann dan dikeluarkan dan banyak tenaga digunakan. Bukan saya je. Siapa yang ditakdirkan jadi family saya pun termasuk juga.

Apa yang terjadi? Saya nak cerita lah ni.

Ingat tak dulu saya ada post yang saya nak masuk asasi TESL? Ditakdirkan bahawa saya tak diterima untuk masuk course tu. Sebab apa? Hanya Allah yang tahu. Mulanya saya rasa macam saya memang perlu masuk course itu sebab pada pandangan orang, saya terer english. Saya tak mengaku saya terer.

Hanya disebabkan mak saya hantar saya belajar bahasa itu sejak awal peringkat kanak-kanak, saya dikurniakan satu 'instinct' untuk tahu ayat english itu betul ke salah. Itu bagi saya merupakan kelebihan yang kalau dikembangkan, saya nak menjadi seorang yang boleh tunjukkan keindahan bahasa itu yang tidak dikotori oleh perkataan 'cuss words' yang pihak-pihak tertentu rasakan perlu diamalkan oleh generasi muda.

Anyways, semua orang ada kelebihan tersendiri. Itu kelebihan saya. Ada juga yang seumur atau lebih muda daripada saya yang mahir bahasa Cina, yang mahir main Cube dan permainan yang mencabar kemahiran otak, ada yang boleh mengatur masa dengan begitu teliti, ada yang mahir mengawal emosi.

Perkara kecil-kecil juga kelebihan pada diri kita. Be proud, but not arrogant =)

So, kene reject oleh Uitm bagi saya mengajar saya beberapa perkara, jangan terlebih konfiden sebaba yang menentukannya ialah Allah, Sekiranya peluang yang kita nak tak dapat, ambil peluang yang sudah depan mata. Dan yang akhir sekali, perkara ini membuatkan saya lebih matang.(Yelah, since umur menjadi angka 18 nikan ;))

Lepastu dalam bulan Mei ini, saya juga celebrate Hari lahir saya dengan family. in the end, kek tu mesti 1/4 makan time celebrate, 3/4 bagi kat classmate, 1/4 jadikan daily dessert sementara stok masih ada Hahaha.

Oh, kalau korang tertanya-tanya, kalau saya tak dapat TESL, then macamana boleh ada classmate.
Ceritanya, check form 6, dapat. Masuk form 6 dulu sebab yelah 'tak membazir masa dirumah', tunggu TESL. tuptup TESL pun tak nak dengan saya. Nak buat rayuan, memang tak ada rayuan untuk TESL. So apakan daya. Parents tanya still nak buat rayuan ke? hmmmm, nak pikir, nak pikir, sampailah ke harini tak decide. padahal semalam last rayuan. hahaha

And then, kawan form5 haritu baru tahu dia dapat form 6, so sekarang maybe saya stay disini saja. Insya Allah ada rezeki dimana-mana.

Dan berakhir sudah bulan ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa pada bulan hadapan dan dipermudahkan rezeki untuk sesiapa sahaja yang membaca post-post diblog saya dan yang menyokong blog saya.

Terima kasih !

No comments:

Post a Comment