Thursday, 16 June 2016

Iftar PUIM 2016

Assalamualaikum!

Okay saya nak mintak maaf dulu sebab asyik tak aktif je. T.T Maaf Zahir dan Batin!~ Hehe belum raya lagi tapi apa salahnya kan?

Saya sebenarnya sangat sibuk. Peruntukkan masa saya tak boleh nak selitkan blog sebab saya nak tulis blog post saya di blog ini dan KopiMiloAis.com dalam keadaan riang, relax dan paling penting saya nak post-post saya berkualiti. Yelah, apa function korang tunggu saya update post lama-lama tapi saya tak boleh nak deliver?

Sekarang, saya tak nak cerita pasal apa yang saya buat sampai sibuk, tapi yang satu ini sangat wajib saya cakap. Sebab ini sesuatu perkara yang baik dan mana tahu akan membantu anda sekarang atau pada masa akan datang. Saya kan sayang semua pembaca blog saya. Korang je tak sayang saya.

PUIM ialah sebuah badan persatuan yang menjadi wakil suara bagi usahawan-usahawan online kepada kerajaan, media, dan lain-lain. Dah nama pun Persatuan Usahawan Internet Malaysia kan?
Bila ditubuhkan dan cerita disebalik penubuhan boleh hangpa gi check website diorang.

Saya join pada tahun a few years ago. HAHA. Jap saya check e-mail jap. Jap naa.. haa, 2013 saya join subscription emel depa. Tiga tahun? Hmmm sekejap jee tu. Tapi dalam PUIM macam-macam perubahan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat tu. Saya salute ahli-ahli tinggi dan rendah sebab sangat proaktif dan memang macam F1 lajunya. Pengerusi PUIM, En. Gero Azrul pernah cakap, dalam bisnes memang banyak perubahan yang akan berlaku dengan cepat, kita sebagai orang bisnes (diorang la) kene cepat raihkan peluang tu.*Semua bukan kata-kata asal, saya tambah ikut pemahaman*


PUIM ni sangatlah baik. Memang rajin menyedekahkan ilmu yang mahai-mahai. Sangat bernilai ilmu tu kalau anda sedar nilai ilmu itu yang sebenar. Moga-moga perkongsian dan bantuan mereka tidak sia-sia dan dimanfaatkan sehabis baik.

DAH. Panjang betul mukadimahnya. Ceritanya kenapa ada PUIM ni sebab PUIM haritu buat Iftar PUIM 2016. Saya selaku seorang yang nak menyokong PUIM dan nak jumpa kawan-kawan baru, saya pun pi sana. Buat kawan sangat naaa, datang-datang, buat-buat malu. Nasib baik ada jugak kenal Kak Sue dengan En.Fahmy.

Banyak perkongsan ilmu dan yang paling best free gift HEHE. Dapat baju LikeMethod. En. Fahmy pulak dapat makanan yang saya tak nak sebut kat sini takut ada yang terliuq. Jealous I. Moga-moga saya dipertemukan jodoh yang lebih baik daripada kambing bakar golek barbeque perghhh sedap betul lembut dan menyelerakan tu.

So dah ending disini, saya nak belanja gambar selfie saya naaa. =) Abaikan muka yang macam hmmmmmmmm sebab penat tu ye.

Dengan Zyan
Dengan Raja Kamil

Dengan Faisal Badry

Yang saya dengan dua orang di kiri dan kanan saya ialah Ammar Zahar dan Aqif Azizan.
Yang group pula saya, En. Fahmy dibelakang saya, Kak Sue dan team member Kak Sue.
Then last sekali, saya dan Khairi LikeMethod.

Jangan perli skil edit saya dan pesanan terakhir saya dipost kali ini ialah kalau anda sayang saya, please Share Comment and hangpa sabar tunggu next post ye =)

Wasalam,
Cawan KMA

No comments:

Post a Comment