Monday 25 April 2016

Village Hotel ,Baling ,Kedah.


Assalamulaikum semuaaaaaa!~Okay, post ni dah lama ada dalam blog ni, dan tak pernah edit. Dulu kan noob. Sekarang aiman kisah >.< Haha. Haruslah tulis elok-elok kalau na jadi orang berjaya.(Sejak dah pergi interview ni kan..) Harap gambar-gambar yang saya ambil dulu-dulu masih pada standard yang memuaskan. =)  So,

  • Tarikh : 20 Disember 2013 , Jumaat
  • Masa Bertolak : 3.35 petang (dari KL)
  • Masa Tiba : 9.30 malam (post lama tulis 11 jam masa perjalanan, so..?)
  • Lokasi Penginapan : Village Hotel ,Kedah




Sampai pukul 9.30 malam, pergi makan, kemudian check-in pukul 11.30 malam. Kawasan penginapan tu memang agak macam dorm, so best la kalau stay dengan kawan-kawan. Saya ingat lagi time menginap dekat Perak sebab ikut trip sekolah pergi Gua Tempurung, time malam-malam tak reti-reti nak tidur, duk gosip lah, duk berangan la, macam-macam la. Satu bilik 3-5 orang, separuh keluar nak masuk bilik geng lain.


Hmmm tak tidur langsung la gayanya. Memang tak. Akhirnya yang lain tidur, saya sorang je berjaga. Kenapa? Jangan tanya, haha. Rahsia geng yang mana yang pergi je tahu. =P 



Pergi Village Hotel ni pun dengan sedara-mara, so rasa macam time menginap dengan kawan-kawan sekolah la.

Bilik-bilik dia selesa, ada penghawa dingin, tak terlalu fancy, dan agak down to earth. Tak ada barang hiasan yang memang tak memberi fungsi. Simple and just nice.
Keesokan harinya selepas tidur yang nyenyak, kami bersarapan roti canai pukul 8 pagi sebelum bertolak ke majlis pertunangan salah satu saudara mara tadi pada jam 10 pagi. 
Balik dari majlis tu terus sambung tidur sebab majlis tu diadakan di kawasan pendalaman Baling.Ibu bapa saya tidur, saya pun asah bakat yang tak berapa nak nak terpendam tu.>,<

"Hotel ini ada menyediakan Wifi.Tapi sebab dah semua orang yang menginap di hotel ini macam berpakat nak membebankan Wifi,ada satu dua bar,tapi macam kura-kura.Malam 1st saya sempat download beberapa game.Nasib baik! Dapatlah saya main sampai habis batteri bila bosan."

Haha, text yang atas ni text asal dulu. tak yah edit, nak bagi nampak kebudak-budakan saya zaman dulu masa taip ayat diatas.


 


Okay, itu sahaja cerita saya pada hari ini!(Hari post ini keluar kali pertama.) Saya harap anda seronok baca post jalan-jalan saya ini. Pergi tempat simple-simple je. Nak keluar negara belum ada rexeki lagi. =)

Sila kongsikan post ini dengan rakan-rakan anda dan komen dibawah pengalaman anda sewaktu menginap yang tak boleh dilupakan sehingga kini.

Wasalam,











No comments:

Post a Comment